Perodua Aruz

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kereta Perodua Aruz Pastikan anda adalah diantara didalam 3000 unit terawal memiliki Kereta Perodua Aruz dengan yuran tempahan(booking fee) minimum sebanyak rm500. Kereta perodua ini digambarkan sebagai SUV EEV, ditampilkan dengan dua varian iaitu Aruz 1.5 X dan Aruz 1.5 AV. Bagi sudut mekanikalnya, kedua-duanya hadir dengan padanan enjin 1.5 liter, dengan kotak gear automatik empat-kelajuan, turut didakwa mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien iaitu sekitar 15.6 km per liter. Ia turut hadir dengan sistem Melahu Eko selain memiliki enam beg udara dan Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0) sebagai antara ciri keselamatan yang ditampilkan. ASA 2.0 juga memperkenalkan tahap kelajuan pengaktifannya yang lebih luas – sehingga 80 km/j (dulu hanya 30 km/j), pengesanan pejalan kaki/membrek sehingga 50 km/j – sama seperti yang dilihat pada sistem Toyota Rush.

Difahamkan, enjinnya sama dengan yang digunakan pada Perodua Myvi, iaitu 1.5 liter Dual VVT-i dengan kuasa 104 PS dan 136 Nm tork pada 4,200 rpm. Enjin berkod 2NR-VE ini telah digunakan pada Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia sejak 2015, selain turut dipadankan pada model Daihatsu Terios yang dilancarkan di pasaran Indonesia pada November 2017.

Bahagian hadapan Aruz agak mirip dengan Terios Custom iaitu varian tertinggi Terios yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu. Menurut risalah spesifikasi yang tersebar ini, Aruz ditampilkan dengan lampu utama LED dengan fungsi “Follow-Me Home” (dengan varian AV menerima lampu automatik), rim aloi 17-inci dan rel bumbung sporty.

Untuk bahagian kabinnya, ia ditampilkan dengan tempat duduk semi bucket dengan material fabrik bagi varian X dan balutan kulit untuk AV, ventilasi penyaman udara di bahagian belakang, stereng boleh laras dengan kawalan audio (kemasan kulit dan kawalan terima panggilan untuk varian tertinggi), akses pintar dengan butang mula/henti enjin, kamera undur selain port pengecas di semua barisan tempat duduk. Untuk varian AV, ciri tambahan termasuk perakam video pemanduan bersepadu (DVR) dan port HDMI turut ditampilkan.

Dengan tagline ‘Anjakan Gaya Hidup’, SUV ini turut menerima penarafan lima-bintang daripada ASEAN NCAP, ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Amazon Green (warna baharu), Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, dan Granite Grey. Ia turut hadir dengan waranti lima-tahun. Nantikan perkembangan selanjutnya daripada Perodua sendiri, pasti ramai yang tidak sabar untuk mengetahui berapakah harga yang akan ditawarkan dan bilakah tempahannya bakal dibuka. Adakah anda tidak sabar menantikannya?

Hubungi En. Shahril segera di talian 012-4177860 untuk tempahan dan perbincangan lanjut.
klik butang dibawah untuk respon segera


Whatsapp saya

RATING PERODUA ONLINE
  • Mudah-Murah-Masa
5

Perodua Best Online

Perodua Best Online merupakan platform online khas untuk paparan mobile. Di sini anda boleh dapatkan maklumat tentang pembelian kereta Perodua secara mudah, murah dan sudah tentu menjimatkan masa anda! Ramai yang telah memiliki kereta Perodua baru melalui Perodua.Online. Kini tiba masa anda pula untuk memilik kereta Perodua baru! Hubungi EN. SHAHRIL segera untuk tempahan dan perbincangan lanjut.

Berikan vote anda di bawah! Terima kasih.

Sending
User Review
5 (5 votes)
January 3, 2019 / by

Leave a Reply

Call Shahril
Showroom