Promosi Bulan Oktober 2017
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. Dapatkan Senarai Harga kereta Perodua 2017 hanya di Perodua Best Online Dan dapatkan Diskaun Terkini Perodua Bulan Oktober 2017
MODELGST REBATE

Axia G (M)

RM1,897

Axia G (A)

RM2,007

Axia SE (A)

RM2,172

Axia AV (A)

RM2,337

Bezza 1.0 (M)

RM2,028

Bezza 1.0 (A)

RM2,138

Bezza X 1.3 (M)

RM2,328

Bezza X 1.3 (A)

RM2,439

Bezza AV 1.3 (A)

RM2,769

Myvi G 1.3 (M)

RM2,493

Myvi G 1.3 (A)

RM2,606

Myvi H 1.5 (A)

RM2,916

Myvi AV 1.5 (A)

RM3,114

Alza S 1.5 (A)

RM3,043

Alza SE 1.5 (A)

RM3,263

Alza ADV 1.5 (A)

RM3,572

Car Registration 18 - 31 Mei 2018 Cash Rebate
Hubungi En. Shahril segera di talian 012-417 7860 untuk tempahan dan perbincangan lanjut.
October 5, 2017 / by / Tags: , , ,
Axia New Facelift 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Axia 2017 Berikut adalah perubahan dan perbezaan luaran, dalaman serta spesifikasi Perodua Axia New Facelift 2017. Telah dibuka untuk tempahan bermula 17 Januari 2017.
  • Menggunakan enjin yang sama seperti Bezza iaitu enjin 1.0 liter 1KR-VE yang dilengkapi dengan sistem VVT-i
  • Kuasa maksimum enjin meningkat 1 hp dan 1 Nm, menjadikan keseluruhannya 67 hp pada 6,000 rpm dan 91 Nm tork pada 4,400 rpm.
  • Penggunaan bahan api lebih baik - 22.5 km/l berbanding sebelum ini 21.6 km/l (transmisi manual)
  • Sistem kunci pintar
  • Butang penghidup enjin (push start-stop button) bagi varian Advance dan SE.
  • Gril hadapan serta bampar dengan reka bentuk baharu untuk semua varian
  • Pemegang pintu belakang baharu,
  • Grafik fabrik kerusi baharu
  • Lampu projektor hadapan untuk semua varian.
  • Axia Standard-G juga kini didatangkan dengan slot USB bagi memainkan fail audio.
  • Axia SE dan Advance pula, ia turut ditambah dengan sistem multimedia dengan ‘Smart Link’ (untuk android sahaja), pemegang pintu luar bersalut krom, roda aloi berbentuk spiral, serta meter kombinasi baharu dengan warna putih.
Hubungi En. Shahril segera di talian 012-417 7860 untuk tempahan dan perbincangan lanjut.
February 1, 2017 / by / Tags: , , , , , , , , , , , ,
PANDUAN UNTUK MEMILIH KERETA BARU
Shahril Perodua
  • Buat Pilihan dan keputusan kereta apa yang anda hendak beli.
  • Dapatkan harga atas jalan (on the road price) kenderaan tersebut. Harga kereta Terkini.

  • Semak promosi/diskaun/rebat terkini jika ada untuk kenderaan yang anda ingin beli. Ingat!!! Kerana pada bahagian ini lah pelanggan selalu ditipu. Dinasihatkan untuk menyemak pada website rasmi pengeluar kenderaan... jangan terpedaya dengan diskaun/rebat yang luar biasa, selalunya lebih tinggi dari diskaun/rebat yang diumumkan oleh pengeluar kenderaan, kerana ini adalah sebagai satu tarikan supaya dijadikan tumpuan ramai untuk memilih ajen tersebut.

  • Minta jurujual kirakan bulanan kereta anda. Untuk pengetahuan anda, kiraan bulanan tersebut adalah anggaran jurujual sahaja. Tidak ada seorang jurujual pun yang boleh memberikan bulanan yang tepat kepada pelanggan kerana jumlah bulanan tersebut bergantung pada jumlah pinjaman, tahun pinjaman dan interest rate yang ditetapkan oleh bank.

  • Tanya jurujual, apakah hadiah atau free gift yang boleh diberi oleh jurujual. Disini pelanggan boleh berunding dan membuat tawar menawar dengan jurujual. Minta la dengan berpada-berpada mengikut kemampuan jurujual. Kerana gift tersebut adalah daripada komisyen jurujual. Pendapatan jurujual adalah berdasarkan komisyen, jika pelanggan minta berlebihan, akan menganiaya jurujual. Disini la akan bermula segala macam penipuan dimana, jurujual akan cuba mendapatkan kembali wangnya yang telah dikikis oleh pelanggan. Kadangkala pelanggan yang telah berjumpa jurujual yang jujur, tetapi akhirnya mengubah jurujual tersebut kepada jurujual penipu kerana desakan pelanggan yang inginkan pelbagai hadiah. Apa yang penting anda mendapat kereta baru anda. Jangan hanya kerana mengejar hadiah bernilai 2-3 ratus tapi anda akhirnya hilang 3-4 ribu.

  • Setelah anda berpuas hati dengan maklumat diatas, anda boleh la menyediakan dokumen untuk membuat pinjaman. Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman kereta di bank:.

  • Setelah dokumen tersebut telah diserahkan kepada jurujual, jurujual akan membuat permohonan pinjaman di bank bagi pihak anda. Setelah jurujual menyerahkan permohonan kepada pihak bank, pelanggan akan di temuramah (interview) oleh pihak bank. Jika jurujual ada mengajar cara menjawab, maka jawab la mengikut apa yang diajar oleh jurujual, kerana cara menjawab juga akan menentukan faktor kelulusan pinjaman.

  • Setelah ditemuramah, 2-3 hari selepas itu barulah keputusan oleh pihak bank akan dikeluarkan. Samada lulus atau gagal, ataupun kelulusan bersyarat.

  • Setelah anda berpuas hati dengan kelulusan tersebut, maka anda boleh la menandatangani perjanjian pinjaman. Minta jurujual aturkan temujanji anda dengan pihak bank.

  • Setelah perjanjian ditandatangani, maka anda boleh la menunggu pihak jurujual mendapatkan no chasis untuk anda. Tempoh menunggu bergantung kepada stok kenderaan tersebut. Setelah anda menerima no casis, anda boleh la membuat pembayaran wang pendahuluan jika ada. Jangan membuat pembayaran selagi anda tidak menerima no chasis. Minta jurujual sms atau text anda no chasis sebagai bukti.

  • Setelah pembayaran dibuat, anda boleh la menunggu kereta anda didaftarkan di JPJ. Setalah pendaftaran dibuat, 2-5 hari masa yang diperlukan untuk mendapatkan geran serta cukai jalan daripada jpj. Tempoh tersebut adalah bergantung pada situasi.

  • Sebaik sahaja jurujual menghubungi anda bahawa geran dan cukai jalan diterima, anda boleh la menentukan masa untuk mengambil kereta.

  • Periksa kereta anda semasa mengambil kereta dan Pastikan No chasis kereta, no enjin Sama yang telah dikeluarkan didalam Geran. Setelah anda berpuas hati dengan keadaan kereta anda, tuntut lah hadiah yang dijanjikan. Kemudian tandatangan borang penyerahan kereta dan bawa la pulang kereta baru anda.

January 30, 2017 / by / Tags: , , , , , , , , , , ,
Call Shahril
Showroom